World Environment Day
Melihat kepada keburukan penggunaan plastik terhadap alam sekitar, Jabatan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan pekerjaan terpanggil untuk membantu usaha kerajaan bagi mengurangkan penggunaan plastik dengan mengedarkan beg guna semula kepada pengguna AKLEH, GCE, LKSA dan SILK.
Pengedaran sebanyak 600 beg guna semula telah dimulakan di AKLEH seterusnya SILK, LKSA dan akhir sekali di GCE. Pengedaran diadakan selama dua hari berturut-turut merupakan kesinambungan program CSR PROLINTAS berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.
Diharapkan dengan beg guna semula yang diedarkan, dapat mengubah tabiat pengguna untuk tidak menggunakan beg plastik sekaligus menyumbang kepada penurunan kadar pembuangan sisa plastik.
Tarikh : 11 – 14 June 2018 (Semua lebuhraya jajaran PROLINTAS)



E-mail this page
Printer view






